About Me

My Photo
ema
Muazam Shah, Pahang, Malaysia
~friendly ~love to smile ^_^ ~less talks
View my complete profile

Tuesday, December 16, 2008

Sepi Ini..

Sepi ini adalah aku
Insan yg sekian lama telah di lukai
Setiap kali sepi bertandang akulah insan yg paling mengerti
Kerana setiap angin yg berlalu
Setiap udara yg ku hirup seakan sebati
Ia mengenaliku ia juga mengerti
Setiap ada udara dan angin yg berlalu
Aku mampu bernafas kini


Sepi ini adalah aku
Tiada org lain yg mampu memahami kesepian ku
Diulit kenangan lalu dicalarkan oleh sang pria
Sang pria yg ku sangka permata
Kupuja nama nya setiap kali nafas ini
Berhembus
Ku ingati setiap apa yg ada pada diri nya
Namun semua itu Cuma sementara
Dalam tawaku dikecewa kan
Dalam bahagia ku dipersendakan

Tanpa ku sedari
Tawa dan bahagia itulah yg mengajar ku
Mengajar ku tentang erti setia,rindu,kasih sayang
Tanpa kusedari juga ia mengajar ku erti kelukaan
Rupa-rupa nya hanya jauhari mengenal manikam
Cuma hati ku yg mengenal kaca dan permata
Aku terluka kerana kaca yg ku pilih
Kaca yg penuh dgn topengen permata

Disitulah bermula nya
Satu fasa dalam hidup ku
Apabila sepi itu menjadi aku
Setiap nafas dan udara yg ku hela
Setiap abjad yg menyapa
Akan mengerti bahawa aku itu sepi..

0 comments: