About Me

My Photo
ema
Muazam Shah, Pahang, Malaysia
~friendly ~love to smile ^_^ ~less talks
View my complete profile

Thursday, September 22, 2011

ArrrrGhhhh….Period Pain!!!

As’salam……entri kali nie nk cte sal Gurl…tp kaum lelaki pn kne ambik tau…^_^ Coz penting untk care ur Gurl ble ‘ia’ menyerang….*_* For ur info..Sharing is Caring…^_^

APA ITU SENGGUGUT?

Senggugut atau ‘dysmenorrhoea’ bermakna pengaliran haid yang sakit .
Ia merupakan masaalah yang paling kerap dihadapi oleh wanita dibandingkan dengan semua masaalah sakit puan yang lain. Ia juga merupakan runggutan mereka yang mengakibatkan ketidakhadiran atau cuti sakit dari kerja , sekolah dan dari aktiviti lain. Senggugut boleh disebabkan oleh berbagai faktor.

Haid normal yang sakit ketika pengalirannya di panggil senggugut primer, sementara senggugut sekunder adalah apabila sakit setelah beberapa bermulanya haid atau sesudah haid, disebabkan oleh penyakit sistem reproduktif saperti endometriosis.

SENGGUGUT PRIMER

Senggugut primer atau 'primary dysmenorrhea' adalah disebabkan oleh penghasilan hormon 'prostaglandin' oleh badan. Kesakitan senggugut biasa ini dirasai akibat berlakunya pengecutan rahim yang luar biasa kuatnya. Senggugut primer kebiasaannya berlaku kepada wanita remaja yang belum berkahwin. Ia menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid. Ini menunjukkan anda adalah subur. Senggugut primer boleh dirawat dengan 'ibuprofen' yang membantu menghalang penghasilan 'prostaglandin'.

Dalam beberapa kes tertentu,ubat-ubatan yang mengandungi hormon boleh membantu. Senaman, nutrisi yang baik serta pengurangan tekanan juga merupakan beberapa amalan penting yang tidak harus dipandang ringan. 'Prostaglandin' yang terhasil didalam uterus menyebabkan otot-otot rahim mengecut dan membantu uterus menyingkirkan darah kotor yang terbentuk hasil daripada proses pengecutan sepanjang berlakunya haid.

Terapi yang sesuai untuk mengurangkan senggugut jenis ini termasuklah memperbanyakkan rehat, pemilihan nutrien yang baik, melakukan senaman aerobik serta pengambilan kalsium yang secukuonya iaitu kira-kira 1000mg sehari. Turut membantu adalah dengan kira-kira 50mg dan 100mg vitamin B6 setiap hari. Manakala ubat-ubatan yang diambil itu mestilah bertujuan untuk mengurangkan pengeluaran 'prostaglandin' dan perubahan hormon.

Senggugut sekunder

Senggugut sekunder berkait rapat dengan penyakit organik. Antaranya ialah penyakit dari uterus, saluran fallopio atau ovari. Senggugut jenis ini disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim (endometriosis) dan berlaku pendarahan di dalam perut. Ataupun, jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan darah haid. Antara punca-punca berlakunya senggugut kedua ini adalah tumor serta tumbesaran yang tidak normal. Selain itu, contoh penyakit lain yang tergolong di dalam senggugut jenis sekunder ini ialah kanser rahim dan jangkitan pada bahagian pelvik.

Contoh-contoh lain adalah :

ENDOMETRIOSIS
Satu keadaan di mana tisu-tisu endometrial ditemui di lain-lain bahagian badan seperti ovari dan tiub fallopio.

FIBROID
Tumor atau ketumbuhan yang terbentuk sama ada di luar, dalam atau pada dinding uterus.

PELVIK
Jangkitan pada uterus, tiub fallopio atau ovari.

'INTRAUTERINE DEVICE' atau 'IUD'
Sejenis alat yang diletakkan di dalam uterus bertujuan untuk mencegah kehamilan. Manakala rawatan untuk senggugut jenis sekunder ini adalah bergantung kepada puncanya. Kemungkinan juga, rawatan pembedahan akan turut dilakukan sekiranya perlu.



1. Simptom
PMS merupakan himpunan simptom. Lebih dari 200 simptom berbeza telah dikenal pasti, tetapi tiga simptom paling menonjol adalah mudah terganggu (irritability), ketegangan, dan dysphoria (murung). Simptom sebenar dan tahapnya berbeza antara seseorang wanita dengan wanita. Kebanyakan wanita dengan sindrom prehaid mengalami hanya sedikit dari masaalah tersebut.

Antara simptom-simptom SENGUGUT :
* Perut kembong
* Kejang perut
* Payu dara bengkak atau sensitif
* ketegangan atau bimbang (anxiety)
* Masaalah tidur (insomnia)
* Sakit sendi atau otot
* Pening kepala
* Lesu
* Jerawat
* Hayunan perasaan (Mood swings)
* Peningkatan masaalah kulit sediaada,
* Masalah pernafasan (contoh, alahan, jangkitan)
* Masalah mata (gangguan bulbar, conjunctivitis)

2. Faktor risiko :

* Pengambilan kafin tinggi
* Tekanan mungkin menimbulkan keadaan
* Peningkatan usia
* Sejarah kemurungan
* Penggunaan tembakau
* Sejarah keluarga
* Faktor permakanan


3. Antara petua-petua yang boleh diamalkan ketika sengugut :

Sebahagian wanita mengalami kesakitan sengugut ketika datang bulan. Untuk mengatasi masalah ini, cubalah mana-mana petua di bawah ini:

Petua 1

Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar tanpa minyak hingga menjadi arang, dan kemudian ditumbuk hingga halus. Campurkan serbuk pinag bakar itu dengan secawan air suam dan minum selama sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.


Petua 2

Ambil segenggam halia, tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap minum air tadi didahulukan dengan selawat.


Petua 3

Minum air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih
padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.


Petua 4

Campurkan serbuk halia atau halia yang ditumbuk lumat dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Isikan dalam kapsul kosong. Makan 2 biji selepas makan tengahari dan malam 2 minggu atau seminggu sebelum haid.


Petua 5

Semasa sakit ketika haid, minumlah air teh pahit tanpa gula.


Selamat Mencuba...^_^

Sunday, September 18, 2011

Untukmu Calon Imamku yang Tertulis Di Lauhul Mahfudz

Ya Allah,bila yg dirindu belum merindukan maka kuserahkan rindu ini kpd-Mu sang Ilahi,bila yg dicinta belum juga mencintai maka ku titipkan cinta itu pada-Mu Sang Pemberi Cinta,bila yg dinanti belum ada disisi maka ku akan bersabar pada ketetapan-Mu Sang Ilahi.Engkau telah menetapkan segalanya sebelum bumi tercipta,maka ku akan bersabar n berikhtiar dalam kesendirian serta bertawakkal dlm penantian ini..


Untuk mu calon imamku, yg tiada siap mengenali termasuk diri ini, dirimu masih rahsia pencipta mu, rahsia yg telah ditentu kn untuk ku, yg perlu ku singkap dengan segunung taubat dan penuh kesungguhan sujud ku, Cuma jambatan istikharah jua yg bisa merungkai rahsia ini…


Untukmu Calon Imam,Engkau adalah imam dalam keluarga.Ibarat kapal,engkau adalah nahkodanya,anak dan istrimu sebagai penumpangnya.mereka akan mengikuti kemanapun engkau berlabuh maka labuhkanlah kapalmu di lautan firdaus-Nya.dengan keimanan dan ketaqkwaanmu.untuk itu dari sekarang belajarlah ilmu agama yg banyak tuk dijadikan bekal dalam berlabuh nanti....


Ya Allah..jika aku bukan PEMILIK tulang rusuknya jangan biarkan aku MERINDUKAN kehadirannya, jangan biarkan aku melabuhkan HATIKU dihatinya,kikislah PESONANYA dari pelupuk MATAKU Dan JAUHKANLAH dia dari relung hatiku....


Jika namamu yg ditulis di Lauhul Mahfudz untuk diriku,nescaya rasa cinta itu akan ALLAH tanamkan dalam diri kita,Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehahkan diriku....Amin....^_^