About Me

My Photo
ema
Muazam Shah, Pahang, Malaysia
~friendly ~love to smile ^_^ ~less talks
View my complete profile

Friday, March 6, 2009

Bicara Hati...

Pandang melirik luar jendela

Terpegun lihat unggas berkicau

Riang menari pohon melambai

Angin bertiup sepoi bahasa

Nyaman terasa mengusik kalbu



Kenangan lalu menghambat jiwa

Kerinduan kini menggoda rasa

Terukir senyuman beralun rindu

Tergambar bayang sukar dipadam

Cinta terpahat tak bisa bicara



Mengintai rentak irama lagu

Berdodoi riang melayan melodi

Terpahat impian dikalut resah

Mengurai rindu melayan gundah

Mungkinkah mimpi akan terlerai?

aku...

Wahai sayang ku….!
Jikalau disatu hari nanti….
Engkau sedang merasa sedih dan berdukacita
Serulah aku!
Pasti aku akan segera datang disisi mu
Walaupun aku tidak dapat mengembirakan mu ketika itu
Yang pastinya…
Aku akan turut serta berduka menangis bersama2 mu!
Wahai sayang ku….!
Jikalau disatu hari nanti
Engkau ingin lari berpindah ketempat lain
Serulah aku!
Kerana aku tidak akan menghalang niat mu
Cuma aku….
Ingin juga lari berpindah ketempat lain bersama2 mu!
Wahai manis ku….!
Jikalau disatu hari nanti
Engkau lihat lidah ku sudah menjadi bisu dan kelu
Segeralah datang kepada ku
Kerana ketika itu….
Aku sedang didalam kerinduan
Dan sedang tersangat dahaga
Memerlukan diri mu dan kehadiran mu…!

Jatuh Cinta...

Saat pertama kali ku melihatmu
Jantungku mulai berdegup kencang
Sejak saat itu
Malam-malamku penuh mimpi tentangmu
Setiap kali bersamamu
Serasa ku terbang melayang
Anganku membawamu turut serta
Menghadapi ribuan bintang di langit
Aku jatuh cinta padamu
Jatuh cinta yang pertama
Aku jatuh cinta padamu
Dan kau pun begitu padaku
Ku mohon.. jangan lukai aku..
Ini yang pertama buatku
Ku ingin yang paling indah
Walau pun nanti berpisah
Kisah ini tak kan terlupakan..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Friday, February 27, 2009

5 Tip ambil ati boyfren...

1. Jgn b’sikap slalu jual mhal apbl b’ada bersama mreka
2. Bijak ssuai kn dri dlm ap jua keadaan.
3. Tidak mudah pts asa & sntiasa b’diri di ats kaki sndri tnpa m’mnta p’tolongan
dr org len
4. Jgn ske b’ckp bnda yg tak b’faedah ktika b’ckp dgn mreka
5. Jgn bndingkan “dia” dgn lelaki2 yg pnh kamu kenali

Persembahan Jiwa Untk Putera...

Buatmu
Ku persembahkan jiwaku
Yang penuh rasa cinta
Tiada lakonan dusta
Jiwaku milikmu
Hinggakan tak mampu
Aku sendiri mengawalnya
Hanya kau di situ
Mengatur langkah kasihku pada mu

Putera
Fahamilah persembahan jiwaku
Yang sunyi tanpamu
Yang mendambakan keberadaan mu
Setiap detik di sisi ku
Selamilah persembahan jiwaku
Segala yang ku miliki
Bukan dari mu
Maka hadirlah putera ku
Hiasi pentas jiwaku
Yang pasti kan bercahaya
Pabila kau dan aku bersatu dalam jiwa ku………………..

Candid..=)

Trip..


My lovely friends..

Trip channel kt East Cost Mall..(26/02/09)

Wednesday, February 25, 2009

My sisters..




Cari perbezaan antara gmbr..hehe..
cute x dieorg?mesti la cute kan..tgk la adik nyer..=)

Mak n abah yg tersayang..=)


Cam pinang di belah 2 x?hehehe...

Sunday, February 8, 2009

aku belajar....

aku belajar
melupa kan kisah silam
yg sarat dgn
dendam
dari api yg x
mungkin padam....

aku belajar
mengharungi hari ini
yg penuh teka-teki
kerana waktu belum lagi
terhenti....

aku belajar
meghargai hari esok
yg banyak lagi
tersorok
memanggil ku untk
menjenguk...

aku berlari
jauh nya x bertepi
x ku peduli kaca dan duri
yang melukai diri....

aku melangkah
dalam keadaan pasrah
x ku hirau harapan ku musnah
yg membuat ku tabah

aku belajar
mencintai dan dicintai
menerima dan memberi
tertawa dan menangis
setiap detikndan setiap hari
dari semua yg ku pelajari.....

sendirian...

sendirian...
aku susuri pantai yg memutih
meninggal jejak
sesekali si bayu menyapa muka ku
langkah tetap kuteruskan
biar.....
aku sendirian
mengayun seribu kepayahan
melodi unggas
sesekali membangkit kan jiwa
dan.....
aku trus memandang ke hadapan
mencari sejuta keindahan
dan mengejar
satu kebahgiaan....

Wanita...

Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walau ada segalanya. Apa yang tiada dalam syurga?Namun adam tetap rindukan hawa.Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok. Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan darinya. Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar. Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..Ia bukan diskriminasi Allah...sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...Bahkan akan semakin membengkok...Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya... Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...Tapi binalah kepimpinan...Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...Jinakkan diri kepada allah...Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah...



Puisi buat kasih..

hadirmu bagai mimpi
yg menerangi hati ini
ku x pernah mekhianati
cintaku pada mu walau seinci
tanpa sinar wajah mu
hidup ini x bererti
tanpa senyum mu
gelaplah hati ini
engkaulah semangat ku
tanpa mu di sisi
hancurlah harapan ku....

Friday, January 16, 2009

luahan seorang pencinta..

hari ini..
aku kecewa lagi
ntah untuk kali yg ke berapa
hati ku terlalu sakit
teramat sakit
sampai bila mesti aku merasa kesakitan seperti ini..
bilakah kebahgiaan akan muncul
bila???